Pages

Tuesday 24 November 2015

Balai Seni Visual Negara

Balai Seni Visual Negara (atau BSVN) adalah nama baru bagi Balai Seni Lukis Negara yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepasMalaysia mencapai kemerdekaan daripada British. Namun, idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan, (beliau ialah pentadbir Balai Seni Lukis Negara yang pertama selain Setiusaha Lembaga Amanah BSVN sehingga tahun 1970). Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Ia juga menerima sumbangan dari badan korporat dan penaja untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti seni sampingan.


0 comments:

Post a Comment