Pages

Friday 27 November 2015

sketch book

ok.. untuk post kali ni.. aku nak ceritakan satu mende.. mende tu ialah sketch book.. kitaorang semua student MR.M nih, perlu ade satu sketch book.. dia nak setiap sorang lukis dalam 50 sketch kat dalam tu.. oleh sebab tu, aku pon mula la slow2 lukis sketch book tu.. kat bawah ni adalah sikit gambar yang telah aku lukis..

walaupon aku tau tak cantik.. tp bg aku, boleyh la..



potret

post kali nih aku nak ckp terntang potret... kali nih aku dapat menyiapkan satu potret dengan bersusah payah.. ni je yang mampu aku tunjuk.. satu potret mengambil mase 7 jam dalam masa sehari.. seharian aku melukis potret nih.. tanpa menghadap assgemnt yang lain..  now, satu potret lagi yang masih tinggal.. aku harap kali ini mr.m terima laa aku punya drawing.. dan harap ugok mr.m kasi cop untuk potret aku kali ni.. hahaha.. bila dapat satu cop baru hati senang..






Wednesday 25 November 2015

Leonardo da Vincy

ok.. kali ni aku nak tambah sedikit ilmu tentang pelukis2 yang pernah terkenal disatu masa dulu.. kalau nak ikutkan..banyak lagi pelukis yang terkenal pada masa dulu.. anatara nya ialah Van Googh,  Pablo Picasso, Michaelangelo Buonarotti dan leonardo da vincy.. tapi untuk post kali nih, aku nak ceritakan saerba sedikit tentang leonardo da vincy.. ok.. korang bacalah sendiri untuk tau lebih lanjut eq.. ok.. selamat membaca..



davincy
 Leonardo da Vincy
Leonardo da Vinci (lahir di Vinci, propinsi Firenze, Italia, 15 April 1452 – meninggal di Clos Lucé, Perancis, 2 Mei 1519 pada umur 67 tahun) adalah arsitek, musisi, penulis, pematung, dan pelukis Renaisans Italia. Ia digambarkan seb agai arketipe “manusia renaisans” dan sebagaijeniusuniversal. Leonardo terkenal karena lukisannya yang piawai, sepertiJamuan Terakhir dan Mona Lisa

download
jamuan terakahir
Leonardo da Vinci - Mona Lisa
mona lisa
Leonardo lahir pada tahun 1452 di kota Vinci, propinsi Firenze, Italia anak dari Ser Piero Da Vinci dan Caterina, jadi nama lengkapnya yaitu Leonardo di Ser Piero da Vinci yang berarti Leonardo putra Ser Piero asal kota Vinci.
Pada usia belia, beliau sudah belajar melukis dengan Andrea del Verrocchio dan mulai melukis di Firenze.Ada kabar mengisahkan Verrochio menyatakan pensiun melukis setelah menyaksikan bahwa lukisan muridnya yang satu ini lebih bagus dari lukisannya sendiri. Selain menjadi pelukis Leonardo juga sanggup menunjukkan kemampuannya di bidang yang lain. Pada tahun 1481 Leonardo pindah ke Milan untuk bekerja dengan Adipati(Duke) di sana.Hasil karyanya selama di Milan yang paling termashur adalah Kuda Sforza yang dikerjakannya selama kurang lebih 11 tahun. Namun di situ ia tidak hanya melukis dan membuat patung saja, melainkan juga mengubah jalan-jalan sungai dan membangun kanal-kanal, serta menghibur Duke dengan memainkan lut dan bernyanyi. Lalu ia bekerja untuk Raja Louis XII dari Perancis di Milan dan untukPaus Leo X di Roma
Mahakaryanya, Jamuan Terakhir(The Last Supper) pada tahun 1495sampai tahun 1497 yang dilukis pada dinding biara Santa Maria di Milan, kini telah rusak akibat dimakan waktu. Lukisan terkenal lainnya adalahMona Lisa yang kini terdapat di musium Louvre Paris. Sebuah spekulasi yang beredar tentang siapa sesungguhnya Mona Lisa antara lain menyatakan bahwa citra perempuan tersebut merupakan hasil rekaan wajah Da Vinci sendiri. Spekulasi yang lain menyatakan bahwa perempuan tersebut memang pernah ada, seorang istri pedagang.
Leonardo da Vinci wafat di Clos Lucé, Perancis pada tanggal 2 Mei 1519, dan dimakamkan di Kapel St. Hubert di kastel Amboise, Perancis.
contoh hasil karya Davincy

Leonardo da Vinci - Virgin and Child St. Anne

Leonardo da Vinci - Virgin of the Rocks with Halos








PAS short video (sprm)


okay... kali ni kita lari dari topik sikit.. kali ni aku nak post pasal video sikit..  ni assignment video aku.. kene bt video pasal video sprm.. aku nak jadi pelakon xlayak.. so.. tugas aku jadi editor je la.. ok.. korang layang je la video kat atas ni dulu.. kalau ok.. komen.. kalau x ok pon komen jugak.. mane tau boleyh perbaiki untuk jadi lebih baik..

KESEDIHAN

Meh , dengar sini semua.. aku nak luah sikit pe aku rasa sekarang ni.. mase kelas mr.m tuh aku punya human dan animal siap.. so mase untuk hantar laa drwaing aku tuh.. so bile da tunjuk depan mr.m.. mr.m tengok dengar penuh perasaan..dan beri la sedikit nasihat kan.. pe yang aku sedih kat sini.. aku punya lukisan xdapat cop dari mr.m.. hahaha.. bukan kene renew.. tapi kene tambah lagi.. untuk drwainh human, aku kne tambah lagi satu lukisan manakala untuk animal aku kne tambah 2 lukisan.. sedeh bak hang.. !! tapi xpala.. setiap usaha xselalunya indah kn.. haha.., atleast aku tahu mana silap aku mase nak drawing nih.. namanya budak baru belajar..

tapi sebenarnya, apa yang aku nak sangat untuk dapatkan cop dr mr.m je ,. bila mr.m da cop drawing aku.. baru laa lega kit aku ase.. atleast settle laa kit kije aku kan.. so apa yang aku kene buat sekarang ini adalah start melukis.. ini bukan mimpi.. ini betol2 kenyataan.. sekarang jam menunjukkan pukul 12.50 am aku overnigth di MCD untuk menyelesaikan project final untuk subjek figure design ini..

xpercaya , meh aku post kit gambar sebagai bukti aku overnigth di mcd sampai melukis ...

orang kena tambah lagi satu


animal yang kena tambah lagi dua

bukti buat kije mr.m di MCD



MELUKIS MODEL (MEK AZRA)

Post kali ni aku nak story sikit pasal model drawing.. drawing kali nih bkn mcm yg aku post sebelum2 ni.. tp.. model drawing kali ni agak berlainan dari biasanya.. aku and the gang perlu melukis seorang model selama 3 jam.. korang baygn kan lah.. 3 jam lukis tu.. bkn nye sekejap.. lukisan yg dihasilkan kalauboleyh nak yg realistic punye.. kat bawah ni ada aku sertakan beberapa keping gamba untuk melambasngkan situasi pada hari itu..

ni lah model yang aku kene lukis tu

muka semua tgh kusyuk bt keje


sempat lagi posing

yang ni lagi sorang.. pantang nampak kamera.. hahaha.. jgn marah..


kusyuk betul budak2 nih..tau la semua pro2


antara lukisan yang dihasilkan.. cantikkan.. kalau jual mesti mahal ni kan..

human and animal

pada awalnya , untuk kije final bagi subjek figure design ini, aku dan kawan2 sekelas aku ditugaskan untuk membuat drawing human and animal.. mr.m telah memberi tugasan untuk student nya membuat 5 poses untuk human dan 5 lagi poses untuk animal.. pada awalnya binatang yang aku pilih adalah kumbang badak.. manakal untuk human pula.. aku pilih seorang lelaki..

Drawing yang aku lukis ini, aku gunakan charcoal dan dilukis diatas kertas yang bersaiz A2. So apabila siap human dan animal ini.. tugasan seterusnya adalah menggabungkan animal dan human ini menjadi satu character.. nak tengok .. kene tunggu dlu laa yep.. nanti settle aku post kn semua disini..

nih lukisan aku yang berjaya dihasilkan.



human

animal


Tuesday 24 November 2015

hasil karya dari MR.M(lecture kami)

ok.. hari ni aku nak menunjukkan serba sedikit tentang hasil seni yang telah dihasilkan oleh lecture aku(MR.M). bagi aku, hasil kerja yang dihasilkan oleh nya dilakukan dengan teliti kerana lukisan yang dihasil kan itu sangat detail... klaw jual pon ramai yang nk beli lah senang cakap..









Balai Seni Lukis Pahang - Galeri Rajawali

Inilah Perkampungan Pelukis 'Balai Seni Visual Negeri Pahang' yang terbaru. kini pelukis-pelukis Kuantan Pahang berteduh dibawah tedohan pokok akasia disatu kawasan Bukit Akasia di Perkampungan Cenderawasih Kuantan Pahang. Perkampungan pelukis Kuantan/Pahang ini diusahakan oleh Galeri Rajawali Kuantan (Rajawali Art Studio). Galeri ini ada berhadapan dengan Rimba Bukit Akasia tempat Pelukis 'Balai Seni Visual Negeri Pahang' berteduh.

Cadangan membina 5 unit balai seni lukis di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan (JPS Kuantan). Diusahakan oleh Bert Ramli, Azizi Md. Zain, Munif Md.Nor, Abdullah Hamdan (acai), Hj. Zakaria Adam.

Pemaju: Rajawali Arts Group Internationale
Kontraktor: Nazri Chot (M) Bhd.
Arkitek: Tetuan Nazri Chot

Tarikh mula: 8.1.2014
Tarikh siap: 20.12.2014



Rajawali Art Studio adalah sebuah studio lukisan yang secara bebasnya menjemput siapa sahaja yang berminat dalam apa juga jurusan seni untuk datang dan berkarya dipremisnya. Rajawali Art Studio hanya menyediakan tempat.Segala keperluan untuk berkarya adalah tanggungan pelukis yang berminat.

Rajawali Art Studio adalah sebuah studio lukisan yang secara bebasnya menjemput siapa sahaja yang berminat dalam apa juga jurusan seni untuk datang dan berkarya dipremisnya. Rajawali Art Studio hanya menyediakan tempat.Segala keperluan untuk berkarya adalah tanggungan pelukis yang berminat.


Rajawali Art Studio adalah bebas dari membuat sebarang keuntungan.Tetapi segala bayaran bil air,bil letrik,bil internet juga sewa premis adalah tanggungan Rajawali Art Studio. Pelukis tidak terikat dengan bayaran tersebut.
Cadangan membina 5 unit balai seni lukis di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan (JPS Kuantan). Diusahakan oleh Bert Ramli, Azizi Md. Zain, Munif Md.Nor, Abdullah Hamdan (acai), Hj. Zakaria Adam. Pemaju: Rajali Arts Group Internationale. Kontraktor: Nazri Chot (M) Bhd. Arkitek: Tetuan Nazri Chot. Tarikh mula: 8.1.2014. Tarikh siap: 20.12.2014. PROJEK INI T I D A K  MELIBATKAN  KERAJAAN NEGERI PAHANG.
 Rajawali Art Studio akan berusaha mengadakan pameran lukisan setiap bulan. Siapa sahaja boleh mengadakan pameran lukisan masing-masing di sini. Tetapi buat permohonan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh pameran. Tiada sebarang peratusan yang akan dipotong dari hasil jualan dipameran.
 Dia yang tidak tebang pokok adalah dia yang kami sayang.
 Rajawali art studio bertegas menyatakan bahawa mereka tidak pernah menerima apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana ,kerajaan atau swasta kecuali sekali dari Balai Seni Lukis Negara.
 Adalah amat-amat diharapkan Rajawali Arts Group Internationale berjaya memajukan tempat ini bagi menghimpunkan pelukis-pelukis di Kuantan Pahang dibawah satu lokasi yang berangin, santai dan tenang. Sesuai untuk pelukis-pelukis menghasilkan karya-karya yang dapat menunjukkan keunikan pelukis 'Balai Seni Visual Negeri Pahang'.
 Selain terhimpunnya tukang-tukang lukis di Perkampungan Pelukis Lereng Bukit Bersebelahan Sekolah Cenderawasin ini turut menompang bertelor adalah Burung Tukang Kubur, Burung Tukang Padang atau Burung Tukang Malas (Night Savannah). Kami berharap burung tukan ini berjaya menetaskan telornya dengan dikelilingi oleh tukang-tukang lukis.
 Usaha Rajawali Arts Group Internationale bagi membina balai-balai untuk pelukis di Perkampungan Cenderawasih ini bukanlah usaha yang mudah. Mungkin banyak pihak yang boleh memberi sokongan kata-kata hikmat tetapi 'kata-kata hikmat' tersebut kadang-kadang tidak cukup.
Kepada sesiapa yang berminat untuk melihat perkembangan usaha membina 5 unit balai seni lukis di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan bolehlah datang melawat. Sesuatu yang amat seronok jika kita dapat melihat rupanya balai seni ini sebelum siap dan selepas siap. 

Mungkin juga Syarikat-syarikat pelancongan dan pemandu pelancong boleh membawa pelancong melawat tempat ini. Walaupun balai seni ini belum siap sepenuhnya tetapi BSVNP juga ingin turut terlibat dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Mungkin ada orang berpendapat 'nak tengok apa ... kalau benda tak siap?". Tapi itulah yang ada pada masa ini. BSVNP bersedia menerima pelawat dari seluruh dunia untuk melihat suatu keunikan dunia pelukis yang ditonjolkan oleh Rajawali Arts Group Internationale.

Sokonglah Rajawali Arts Group Internationale dengan cara yang anda mampu.

Balai Seni Visual Negara

Balai Seni Visual Negara (atau BSVN) adalah nama baru bagi Balai Seni Lukis Negara yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepasMalaysia mencapai kemerdekaan daripada British. Namun, idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan, (beliau ialah pentadbir Balai Seni Lukis Negara yang pertama selain Setiusaha Lembaga Amanah BSVN sehingga tahun 1970). Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Ia juga menerima sumbangan dari badan korporat dan penaja untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti seni sampingan.


Thursday 12 November 2015

KIM JUNG GI


KIM Jung Gi (KJG) adalah seorang artis korea dilahirkan pada tahun 1975 di Goyang-Si di wilayah Kyongki-Do (Korea Selatan). Pada usia 19 tahun, beliau memasuki Sekolah Seni Halus dan mengambil jurusan dalam "Art & Design". Dalam 3 tahun, beliau belajar di pantai barat di universiti Dong-Eui Busan yang terkenal dengan kursus-kursus teknikal. 23 000 rakan-rakan pelajar juga boleh memberinya beberapa bahan yang baik untuk memulakan dengan sebagai sumber inspirasi!

setiap lelaki di Koreaperlu menyertasi tentera, maka dia juga pernah berkhidmat dalam tentera selama lebih daripada 2 tahun, dalam seksyen pasukan khas, yang membenarkan beliau untuk menghafal nombor menakjubkan Véhicules dan senjata.

Funny,,adalah merupakan penerbitan pertama KJG, telah diterbitkan dalam manwha (buku komik) Young Jump. Kemudian datang beberapa cerita pendek dan pameran beberapa sebelum KJG mula mengajar manwha di universiti-universiti dan sekolah-sekolah swasta.



Antara 2008 dan 2010, dia membuat 6 jilid yang bertajuk «TLT, Tiger Tail Long»  senario dari Seung-Jin PARK. Cerita ini pertama kali muncul sebagai 'webtoon' kemudian kemudian diterbitkan dalam bentuk bercetak oleh edisiCNC Revolution

Pada tahun 2007, 2011, 2013 dan 2015, beliau menerbitkan 4 buku lakaran yang mengumpulkan hampir 3000 muka surat seninya. Beliau juga menerbitkan "SpyGames" dengan penulis terkenal Perancis Jean-David Morvan pada tahun 2014 (Edisi Glénat).

muzium telah dibuka di Pulau Pinang, Malyasia, untuk membentangkan kerja-kerja di Jun 2015. Pada kesempatan ini, beliau juga masuk ke dalam Guinness Book of Record untuk "lukisan Terpanjang oleh individu bagi Seni Fisheye " kategori Ilustrasi.

Hari ini, apabila dia tidak bekerja untuk beberapa syarikat korea dalam bidang pengiklanan atau menguruskan AniChanga iaitu sekolah lukisan beliau di Seoul, dia mengembara ke seluruh dunia untuk bertemu peminat dan mendapatkan inspirasi!

antara karya yang dihasilkan oleh beliau ialah